Rabu, 24 Julai 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


TERKINI : Guru Mati Ditembak Di Simpang Lampu Isyarat <b>di Kulim</b>

Posted: 18 Jul 2013 02:21 AM PDT




KULIM:Seorang guru maut dipercayai ditembak dua lelaki yang bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini tengah hari Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata K.Shanmugam, 45, didapati dalam keadaan berlumuran darah di dalam kereta Toyota Wish miliknya.

Kejadian berlaku kira-kira 12.25 tengah hari tadi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Bidara ke Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam.

Beliau berkata dua lelaki tersebut dikatakan telah mengikuti kereta mangsa sebelum melepaskan tembakan.

"Salah seorang dari suspek dipercayai telah melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kepala dan badan mangsa. Ini mengakibatkan kereta mangsa terbabas dan melanggar sebuah kereta di hadapan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.



Mohd Nashir berkata kedua-dua suspek kemudiannya memecut motosikal mereka.

Mangsa dipercayai ditembak dengan pistol automatik dan polis turut menemui beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian.

"Kita akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak termasuk ahli keluarga mangsa. Buat masa ini kita belum dapat kenal pasti punca sebenar kejadian," kata Mohd Nashir.





Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim.

Seorang pemandu Mat Lin Saad, 62, berkata beliau sedang memandu di hadapan kereta mangsa dan apabila tiba di simpang lampu isyarat tersebut, beliau terdengar bunyi letupan seperti mercun.

"Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi kereta saya dilanggar dari belakang. Saya turun dari kereta saya untuk melihatnya dan mendapati orang ramai sudah mengerumun kereta di belakang saya. Saya turut melihat mangsa yang berlumuran darah meronta-ronta sebelum tidak lagi bergerak," katanya.

Zulkiffli Itam, 45, pula berkata beliau yang berada di jalan yang bertentangan ternampak dua lelaki menaiki motosikal mengekori kereta mangsa.

"Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi seakan-akan mercun dan dua lelaki yang menaiki motosikal itu terus memecut motosikal mereka ke arah Taman Selasih," katanya.




Guru mati ditembak <b>di Kulim</b> - Kes tembak guru kedua dalam dua <b>...</b>

Posted: 18 Jul 2013 12:20 PM PDT

Seorang guru maut dipercayai ditembak dua lelaki yang bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata K.Shanmugam, 45, didapati dalam keadaan berlumuran darah di dalam kereta Toyota Wish miliknya.

Kejadian berlaku kira-kira 12.25 tengah hari tadi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Bidara ke Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam.
Beliau berkata dua lelaki tersebut dikatakan telah mengikuti kereta mangsa sebelum melepaskan tembakan.

"Salah seorang dari suspek dipercayai telah melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kepala dan badan mangsa. Ini mengakibatkan kereta mangsa terbabas dan melanggar sebuah kereta di hadapan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Nashir berkata kedua-dua suspek kemudiannya memecut motosikal mereka.
ma3Mangsa dipercayai ditembak dengan pistol automatik dan polis turut menemui beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian.

"Kita akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak termasuk ahli keluarga mangsa. Buat masa ini kita belum dapat kenal pasti punca sebenar kejadian," kata Mohd Nashir.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Kurang dua minggu sebelum ini seorang guru penolong kanan juga mati ditembak di Bachok, Kelantan.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor maut ditembak sebaik keluar dari pintu pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang.

Mangsa, Hashim Mat Zin, 43, yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan.

Apa masalah sebenar sehingga guru-guru ini ditembak? Mungkinkah ada kaitan dengan kerjaya di Kementerian Pelajaran atau masalah yang tiada kena mengena dengan kementerian..

Jika dilihat daripada kenderaan yang digunakan kedua-dua guru yang terbunuh, mereka menggunakan kenderaan mewah. Guru biasa walaupun dengan pangkat Guru Penolong Kanan tidak mungkin berupaya memiliki kenderaan tersebut berdasarkan gaji mereka dan tanggungan sedia ada melainkan ada sumber kewangan lain atau tiada tanggungan lain seperti keluarga.

Ramai guru menjalankan bermacam-macam perniagaan. Lazimnya pertelingkahan perniagaan sering menjadi punca kepada pembunuhan begini. Tidak mungkin anak murid sendiri mengupah samseng untuk membunuh gurunya.

Namun yang lebih pelik ialah bagaimana senjata api begitu mudah didapati oleh rakyat Malaysia dewasa ini.

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Gambar Kes Pergaduhan <b>di Sungai Petani</b> ? - BeritaTerkini

Posted: 18 Dec 2012 08:04 PM PST

Kes Gaduh Sungai petani

Pergaduhan di Sungai Petani : Ada yang mengatakan yang kami tidak prihatin dengan isu yang berlaku di Sungai Petani, Kedah yang dikatakan berlakunya baru-baru ini rusuhan kaum antara Melayu VS India yang berlanjutan berhari-hari di sana. Kata "mereka". Melayu jenis apa kamu ini Berita Semasa? Adakah kamu tidak sayang bangsa kamu sendiri?

Ha….benarkah? Kalau begitu kami daripada pasukan Berita Semasa akan menghantar satu bas untuk mempertahankan agama & Islam di Kedah, Malaysia sekarang ini juga. Allahuakhbar!!

Macam-macam versi cerita yang keluar mengenai insiden pergaduhan yang berlaku di Kampung Nahu, Sungai Petani Kedah baru-baru ini….Ini beberapa kemaskini yang dilakukan oleh segelintir individu yang sempat kami rakamkan untuk dikongsikan bersama anda di sini….

  1. Ada yang mengatakan kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
  2. Khabar angin kononnya ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat
  3. Dan macam-macam lagilah……

pergaduhan di sungai petani

"Ada yang mudah terpengaruh dan ada juga yang melakukan analisa berita terlebih dahulu sebelum membuat pertimbangan untuk terus mempercayainya"

Paya Nahu Sungai Petani Kedah

Erm…..Beginilah. Mengapa…..

Mengapa hati kita mudah tercuit & melatah dengan isu yang kadangkala diri sendiri tidak tahu pun hujung pangkalnya tetapi "semangatnya" melebihi daripada kalangan yang terlibat dalam kejadian tersebut?

Sepatutnya, biarlah polis atau pihak berkuasa kendalikan kes pergaduhan di Sungai Petani seperti ini. Yang sampai nak panggil gangster lain mengapa? Sejak bila pula golongan gangster ini jadi pelindung rakyat? Ada termaktub dalam perundangan? Bukankah sudah terang lagi bersuluh pergaduhan di Sungai Petani bermula melibatkan gangster & samseng. Selesaikan masalah ini dengan menghapuskan semua gangster dan kongsi gelap di Malaysia. Boleh?

Kami melihatkan ada segelintir pihak menangguk dalam air keruh apabila melibatkan insiden pergaduhan samseng sehingga seperti mahu melihatkan rusuhan di Sungai Petani benar-benar terjadi. Jadi besarlah harapan kami agar, rakyat marhean tidak perlulah terlalu mengikut emosi mempercayai rusuhan di Sungai Petani, Kedah benar-benarterjadi dan biarkan polis menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya….

"Tidak perlulah melibatkan kaum dan agama dalam isu-isu seperti ini semata-mata mahu menghalalkan tindakan daripada segelintir pihak seperti _____ & _______"

Ayahanda Cik Joe Sungai Petani

Hakikatnya, insiden pergaduhan di Sungai Petani awal pagi 16 Disember 2012 di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu yang lalu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya ataupun melibatkan Islam. Siapa kata? PDRM kata!

pergaduhan di sungai petani

Bagaimana Isu Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Boleh Timbul? (Terkini)

  • Sebenarnya, kes pergaduhan di Sungai Petani berpunca daripada kes lumba motor, masing-masing mahu tunjuk hebat antara satu sama lain. Apabila tidak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu
  • Pihak polis sudah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar
  • 13 suspek telah ditahan reman dan 5 yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana 4 daripadanya sudah dibenarkan pulang
  • Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan

Rusuhan Kaum Sungai Petani

P/S : Kadang kala sesuatu masalah dan isu boleh diselesaikan dengan baik, tetapi disebabkan segelintir pihak inilah yang kerapkali bertindak mengikut emosi boleh menyebabkan keadaan boleh bertambah menjadi lebih teruk sebenarnya…

PP/S : Harapan kami, hentikanlah menyebarkan berita palsu ini (kes pergaduhan di Sungai Petani contohnya) tidak kira melalui Facebook, Twitter atau SMS yang mendorong kepada perkara tidak sihat. Lebih banyak keburukan kepada masyarakat kita sebenarnya…

Baca Lagi 4 Berita Berkaitan DI SINI...

Healthy Life...Healthy World: Pengedar Shaklee <b>Di Sungai Petani</b> <b>...</b>

Posted: 23 Jul 2013 02:45 AM PDT


Hari ni saja nak buat hebahan kat blog ni sebab ramai yang bertanyakan saya boleh Cash On Delivery produk Shaklee kat area mana. Maklumlah ramai yang tak tahu saya berada di Kedah. Kadang-kadang ada customer yang dah bank in duit, tapi bila dia bagi alamat, tengok-tengok dekat sangat je. So lebih senang ambil by hand kan. Tak perlu tunggu pos laju yang belum tentu lajunya.
Saya Pengedar Sah Shaklee dengan ID 881663. Lokasi saya adalah di Kedah. Jadi sesiapa yang memerlukan produk Shaklee di area Sungai Petani dan Kulim, boleh dapatkan terus dari saya. Jimat lah postage sikit. Harga semestinya yang paling best lah kan.
Kalau di area Sungai Petani, kebiasaanya saya jumpa customer di Giant Sungai Petani, TESCO Sungai Petani, stesyen minyak Shell Padang Temusu. Tetapi ada kadang-kadang saya terus hantar ke rumah. Bergantung kepada keadaan saya waktu itu dan request dari customer jugak. Di area Kulim pulak, biasa saya akan jumpa customer di Petronas Kulim atau di mana-mana kawasan berdekatan Kulim Hi-Tech. 

So, kepada customer yang berada di kawasan berdekatan, boleh hubungi saya terus. Stok sentiasa available di rumah ye. Nak datang ambil di rumah pon boleh tiada masaalah :))

Jom mai pakat beli Shaklee untuk kesihatan yang berpanjangan. Orang Kedah mesti sihat-sihat semuanya ye.

PM di FB: http://tinyurl.com/qh7rqx9
atau SMS/Wassap: 0129478477 (farhah)

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Kedahkini: HOT ! <b>KEDAH NEGERI</b> YANG KAYA? DARI &#39; BN <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2013 06:05 AM PDT

"Kedah Aman Makmur " - Jangan Jadi Slogan Syok Sendiri


Kedah tak pernah cemuih dengan slogan. Slogan, Tag Line dan Unique Selling Proposition atau Unique Selling Point (USP) adalah kata-kata hikmat bagi

menyatakan keistimewaan dan kelebihan produk yang ingin dijual.

Begitu juga pemimpin, masing-masing ada slogan atau 'tagline' visi kepimpinan mereka sendiri untuk menempatkan pasaran mereka di dalam minda dan jiwa rakyat. Seperti di Kedah, 



setiap MB di Kedah  mencetuskan slogannya yang tersendiri. Barisan Nasional ketika Datuk Seri Syed Razak mengambil alih sebagai MB Kedah beliau telah memperkenalkan slogan "Kedah Maju 2010".

Datang pula Ustaz Azizan diperkenalkan slogan "Kedah Sejahtera". Kini di bawah pentadbiran MB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dilancarkan slogan baru "Kedah Aman Makmur".

Sejak tarikh pelancaran beberapa tinjuan telah dibuat atas initiatif beberapa orang rakan media untuk melihat sejauh mana mesej ini sampai kepada rakyat Kedah. Ternyata masih ramai yang terpinga-pinga ironinya bukan setakat rakyat biasa tetapi terdapat di kalangan pimpinan UMNO sendiri yang masih tidak ketahuan tentang adanya slogan ini. Ia mungkin berlegar-legar 'suka sendiri' di kalangan ahli-ahli Exco dan kakitangan pentadbir negeri sahaja.

Pengarah Penerangan Negeri Kedah Dr Haniff Hasan menyatakan pihak beliau sedia membuat apa sahaja yang terbaik agar slogan yang diperkenalkan oleh Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir itu dapat mencapai sasarannya.

"Sebelum maklumat itu dijelaskan kepada masyarakat, kakitangan Jabatan Penerangan sendiri perlu prihatin terlebih dahulu tentang perkara itu. Sehubungan itu, kita akan melatih kakitangan untuk memahami perkara ini dan seterusnya mengadakan pelbagai program untuk mempromosi slogan baharu kerajaan negeri Kedah," katanya di dalam Utusan Malaysia 2/7/ 2013.

Kenyataan umum beliau ini jelas membuktikan bahawa tidak ada sebarang perancangan media yang strategik sebelum pengumuman dibuat dan ia lebih di lihat sebagai pengumuman 'adhoc' seperti melepas batuk di tangga.

Ketika asakkan gelombang BN untuk menguasai kedah sebelum pilihanraya dahulu mereka bangun dengan slogan 'BN Menang Kedah Senang' bagai nak rak digempurnya sana sini. Kini apabila sudah berjaya berkuasa mengambil alih kerajaan Kedah slogan dengan visi yang begitu besar tidak dirasai oleh rakyat. Ianya bagai bisikan di angin lalu sahaja. Malah yang lebih jelas banyak lagi papan-papan tanda yang lokasinya 'prominent' masih terpampang slogan "Kedah Sejahtera".



Kumpulan media di sekeliling MB, EXCO Penerangan dan jabatan-jabatan yang bersangkutan ternyata gagal memainkan peranan. Samada masih dibuai mimpi atau tidak ambil kisah atau letih dengan slogan atau buta dan tuli tidak pula diketahui.

Jangan sampai rakyat Kedah cemuih dengan slogan demi slogan. Malah yang lebih parah sekarang ialah slogan "Black 505" sedang di dalam proses indoktrinasi untuk mengambil tempat dalam minda dan jiwa rakyat sebagai persediaan pru 14 yang akan datang. Apa pun jangan sampai nasi menjadi bubur atau kanji.

~ MR 

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


Noh Is Me: Duit Raya Percuma <b>Di</b> Konvensyen Usahawan Muslim

Posted: 16 Jul 2013 10:17 AM PDT

Hadiah Pertandingan
Tempat Pertama : 1 X Wang Tunai RM500 + 1 Tiket Percuma Konvensyen Usahawan Muslim
Tempat Kedua : 1 X Wang Tunai RM300 + 1 Tiket Percuma Konvensyen Usahawan Muslim
Tempat Ketiga : 1 X Wang Tunai RM200 + 1 Tiket Percuma Konvensyen Usahawan Muslim
Hadiah Saguhati : 5 X Wang Tunai RM50 + 1 Tiket Percuma Konvensyen Usahawan Muslim

Apakah Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Menyertai Pertandingan Ini?

Tulis 1 entry/post berkaitan "Konvensyen Usahawan Muslim" atau apa-apa post berkaitan dengan topik perniagaan di blog anda.

Pastikan di dalam post tersebut, anda meletakkan link ini : www.KonvesyenUsahawanMuslim.com

Klik Banner Untuk Mengetahui Dengan Lebih Lanjut

Peluang untuk semua penulis-penulis blog di Malaysia. Anda berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM1250 (Boleh buat raya!), dengan hanya menulis sebuah post di blog anda mengenai website / majlis "Konvesyen Usahawan Muslim 2013″ ini . 

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


KedahLanie.info: Nampaknya Ramadhan kali ini PAS <b>JERAI</b> suram <b>...</b>

Posted: 18 Jul 2013 01:30 AM PDT

oleh Bang Cop Jerai
Selamat menyambut bulan Ramadhan untuk semua... nampaknya kami rakyat PAS kwsn Jerai tahun ini rasanya seperti lain dari yang lain menyambut Ramadhan tahun ini. Nak kata ia sama seperti zaman pemerintahan 5 tahun tak lah jugak dan nak kata sama seperti zaman belum memerintah dahulu pun tak jugak...
Apa yang dapat kami lihat di sekitar Jerai pada kali ini amatlah suram dan sadisnya... sama seperti kesuraman kami bersedih atas apa berlaku kepada YDP kami yang berada di Hospital Besar Penang sana.
Jika dahulu sebelum ini macam-macam xtvt dilakukan oleh PAS Jerai untuk bersama rakyat namun pada kali ini ia amatlah berlainan sekali. nak lihat satu banner ucapan menyambut Ramadhan pun tak nampak...
Itu belum lagi dengan program masyarakatnya bersama rakyat yang memerlukan di bawah... ini dah masuk 9 Ramadhan dah nie apa satu xtvt pun tak nampak.. adakah semua sedang berkabung diatas apa yang berlaku kepada YDP Kawasan.
Jangan macam tu.. yang sakit tak apalah nak buat camna ia sakit tapi PAS Jerai bukannya ada seorang itu sahaja.. Timb. YDP ada, Setiausaha ada, AJK ada, Ketua Pemuda ada, Ketua Muslimat ada... jadi janganlah semua pun turut berkabung sama meneruskan kesedihan..
Rakyat di bawah janganlah di tinggalkan... sudahlah mereka tewas dan kalah..selepas itu kita pulak masing-masing meninggalkan mereka semua... 
Mantan YB Jerai merangkap Ketua Pemuda serta Bekas Calon Adun Guar Chempedak  rasanya mereka boleh meneruskan urus tadbir di kawasan Jerai nie.. janganlah semua sudah mula meninggalkan kerja buat kita setiap tahun disebabkan dengan sekali kekecewaan yang Allah berikan. Jangan sewaktu jadi calon baru nak nampak muka tapi bila jadi macam nie semua pakat lepas tangannya...
Pakat-pakat muhasabah kemudian pakat bangkit semula bersama rakyat dibawah insya'allah kemenangan itu akan Allah kurniakan semula. Jangan dekat pilihanraya baru semua nak tunjuk muka.. masalahlah jika macam tuu...
Masih ada 20 hari Ramadhan dan rasanya masih tidak lambat untuk kita menyantuni rakyat di kawasan Jerai ini... ayuh bangun semua pimpinan Jerai.....