Isnin, 27 Mei 2013

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Selain dari Serdang, Black out juga berlaku <b>di Kulim</b>.. Ini laporan <b>...</b>

Posted: 27 May 2013 08:28 AM PDT


Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR, Dato' Wan Ahmad Wan Omar yang memperlekehkan aduan berlakunya kejadian terputus bekalan elektrik semasa pengiraan undi (black-out) amatlah dikesali.

Beliau juga mempersendakan aduan-aduan ini, kononnya dilakonkan terlebih dahulu dan mencabar sekiranya benar ada kejadian begini berlaku agar laporan polis dikemukakan kepada SPR.

Semalam, wakil rakyat Sri Serdang Puan Noor Hanim Ismail telah tampil menjelaskan bahawa gambar di internet yang berlegar benar-benar berlaku di dalam kawasan yang beliau tandingi.

Dengan kenyataan balas YB Noor Hanim Ismail itu, Dato' Wan Ahmad Wan Omar wajarlah mengemukakan asas bagaimana beliau boleh mempersendakan satu aduan serius yang dibuat mengenai kepincangan perjalanan pilihanraya, tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Hari ini, saya tampilkan satu lagi bukti untuk menunjukkan bahawa Dato' Wan Ahmad Wan Omar tidak pernah ikhlas untuk menangani aduan kepincangan perjalanan pilihanraya secara ikhlas.

Beliau mencabar agar ditunjukkan laporan polis sekiranya benar berlaku black-out di mana-mana tempat pengiraan undi dalam PRU13.

#siasatpru13 berjaya menjejaki satu lagi insiden black-out di Parlimen Kulim Bandar Baharu yang disertakan dengan laporan polis.

Laporan menyebut:

"Pada 5/5/2013 jam lebih kurang 0715 malam bekalan letrik terputus di dalam kawasan Sekolah Sri Lindungan Raja, Sedim, Karangan, Kedah. Saya sebagai ketua unit peti undi Kampung Tebuan, Sedim bagi PRU13 N35, P18 dan sebagai agen wakil calon PKR ditempat kiraan undi di sekolah tersebut. Kejadian ini mendatangkan kecurigaan kepada pihak saya berdasarkan perkara ini saya mendapat maklumat daripada pihak TNB dan tiada sebarang bekalan elektrik terputus di kawasan Sedim. Perkara ini disahkan oleh pihak TNB. Pada 5/5/2013 jam 0725 malam bekalan elektrik puih semula berdasarkan perkara ini juga pihak saya merasakan terdapat unsur penyelewengan. Kejadian ini berlaku hanya pada bangunan sekolah sahaja sedangkan saksi-saksi bagi pihak saya melihat kawasan di luar sekolah tiada terputus bekalan elektrik. Sekian repot saya."


Dengan adanya saksi dan laporan polis sebegini, secara langsung menjawab cabaran Dato' Wan Ahmad Wan Omar yang mahu melihat laporan polis yang dibuat.

Kini, menjadi tanggungjawab beliau untuk menerangkan bagaimana kejadian terputus bekalan elektrik hanya di tempat mengira undi pada ketika undi sedang dikira boleh berlaku, sedangkan TNB menyatakan bahawa tiada sebarang gangguan bekalan eletrik.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN

27 MEI 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


kes pergaduhan <b>di sg petani</b> kedah disember 2012 - mysumber.com

Posted: 18 Dec 2012 07:20 AM PST

SUNGAI PETANI: Polis Kedah memberi amaran keras supaya khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah Kuala Muda yang disebarkan menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS), dihentikan serta-merta

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab, berkata kira-kira jam 9 hingga 10 malam tadi, polis menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin bahawa berlaku rusuhan kaum di daerah Kuala Muda

"Kita ingin maklumkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa berita yang tersiar dalam Facebook, Twitter dan SMS itu tidak betul dan palsu, hakikatnya keadaan di Kuala Muda adalah aman dan tenteram. Tiada kematian atau kecederaan serius yang berlaku

"Sehingga sekarang (sidang media) hanya ada beberapa insiden saja yang berlaku, bermula daripada insiden (pergaduhan) pada awal pagi, Ahad lalu yang mana hasil siasatan dan risikan yang kita kumpul mendapati insiden itu tiada kaitan dengan permusuhan atau kebencian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini lewat malam tadi

Abdul Ghafar berkata, kes yang berlaku pada awal pagi Ahad lalu itu adalah kes terpencil yang membabitkan kumpulan pemuda yang berlarutan kepada beberapa insiden lain yang dilakukan dengan tujuan membalas dendam terhadap insiden pertama.

"Ia kes isolated, berdasarkan siasatan ia berpunca daripada kegiatan lumba motor tetapi berlaku pergaduhan yang mana kedua-duanya memanggil kawan masing-masing dan berlaku empat lagi insiden lain

"Kes ini bukan berpunca daripada kebencian, ia tindakan yang dibuat oleh mereka yang kurang bijak. Bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan sehinggalah tersebarnya berita palsu yang boleh mencetuskan kemarahan," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Ghafar turut meminta semua ketua kaum supaya dapat memberi penerangan yang jelas berhubung perkara itu kepada masyarakat di kawasan masing-masing

"Tidak ada rusuhan berlaku, jadi saya minta ahli masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan sebarkan berita palsu dan jangan menghasut sehingga terjadi pergaduhan yang lebih besar. Kepada semua kaum maklumkan kepada anak buah masing-masing supaya jangan bertindak di luar batasan undang-undang

"Mereka yang melakukan kesalahan pada insiden pertama sudah ditangkap dan akan disiasat berdasarkan kes yang berlaku," katanya – BERNAMA

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


#black505 <b>di Negeri</b> Sembilan, <b>Kedah</b>, Terengganu dan Melaka <b>...</b>

Posted: 15 May 2013 10:33 PM PDT

Gelombang #black505 demi menzahirkan suara bantahan rakyat menentang penipuan pilihanraya diteruskan di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

#black505 yang seterusnya akan diadakan di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.

Tarikh-tarikh bagi #black505 yang seterusnya adalah seperti berikut:

21 Mei 2013 (Selasa) – Kedah
23 Mei 2013 (Khamis) – Terengganu
24 Mei 2013 (Jumaat) – Melaka

Tempat akhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh PKR.

Semua perhimpunan telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir. Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan.

Ini tidak sedikit pun melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik #black505 ini. Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti #black505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram).

Saya yakin menjelang minggu depan apabila gelombang #black505 tiba di Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Melaka, lebih setengah juta rakyat Malaysia telah turun menyatakan bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan menolak kerajaan tidak sah yang diterajui Dato' Seri Najib Tun Razak.

Semangat kerjasama dengan pihak PDRM demi menjamin kelancaran dan keselamatan rakyat akan diteruskan. Oleh itu, saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turun menyertai #black505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan sokongan kepada reformasi pilihanraya yang perlu diadakan segera.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
16 MEI 2013

02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


Gambar Sekitar Anwar <b>Di Kubang Pasu</b> - Kerabu Bersuara

Posted: 07 Apr 2013 03:00 PM PDT

https://pbs.twimg.com/media/BHQcnSDCcAAoEAI.jpg:largehttps://pbs.twimg.com/media/BHQdghRCUAAeuqu.jpg:large

Artikel berkaitan POLITIK ,PRU13

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2013 01:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Apr 2013 01:58 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2013 02:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2013 01:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

kajian mengenai dialek kedah dengan bahasa melayu baku <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2013 11:44 AM PST

FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

SKBL 2113

APLIKASI KOMPUTER DALAM  LINGUISTIK

TAJUK : KAJIAN MENGENAI DIALEK KEDAH DENGAN BAHASA MELAYU BAKU DI DAERAH KODIANG

NAMA PENSYARAH :

DR. ZULKIFLI BIN AHMAD

NAMA & NO. MATRIK PELAJAR :

NURSYAKIRAH BINTI NORDIN

A 137318

 

 

BAB I

PENDAHULUAN

1.1              PENGENALAN

Dialek merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard. Menurut Edward Sapir, dialek dikenali sebagai bentuk percakapan tempatan yang berbeza dengan bentuk bahasa kesusasteraan. Maka, bolehlah dirumuskan bahawa dialek merupakan satu bentuk percakapan yang berupa tempatan yang terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Bahasa Melayu Kedah merupakan salah satu dialek yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Perlis. Bahasa Melayu Kedah juga dipertuturkan di Wilayah Selatan Thailand iaitu Satun.

Penduduk di Trang, Thailand juga menuturkan bahasa Melayu Kedah dengan pengaruh bahasa Thailand. Penutur dialek Melayu ini keseluruhannya dianggarkan lebih 4 juta (sekitar 3,1 juta penutur bahasa ibunda dan selebihnya digunakan sebagai bahasa kedua). Selain negeri-negeri tersebut, dialek ini juga dituturkan di selatan Myanmar dan sebuah tempat di utara Sumatera. Masyarakat setempat merujuk kepada Bahasa Melayu Kedah ini sebagai loghat utara (dialek Utara-oleh Malaysia) dan pelat Kedah (dialek Kedah di Negeri Kedah).

Bahasa Melayu Dialek Kedah juga boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek yang diterdiri daripada Kedah Persisiran (standard), Baling ataupun Kedah Hulu, Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang dan lain – lain (Luar Malaysia).

 

1.2              PERNYATAAN MASALAH

Kajian yang dilakukan secara komprehensif dan betul akan dapat menghasilkan sebuah dapatan kajian yang baik. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui perbezaan yang terdapat dalam dialek Kedah Kodiang dengan bahasa Melayu baku berdasarkan aspek-aspek linguistik seperti aspek dari segi sebutan, pembentukan kata, penggunaan ayat, semantik dan juga pragmatik.

1.3              SOALAN KAJIAN

Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah seperti berikut:

1.3.1    Apakah sama sebutan yang terhasil bagi sesuatu perkataan di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.2    Apakah proses pembentukan kata yang berlaku dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.3    Adakah sama sistem tatabahasa dan susunan ayat yang digunakan dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.4    Bagaimanakah sesuatu perkataan yang sama boleh mempunyai makna yang berbeza dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.5    Apakah ada penggunaan bahasa mengikut situasi yang berbeza di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

 

 

1.4              OBJEKTIF KAJIAN

1.4.1    Mengenal pasti perbezaan sebutan di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.2    Melihat aspek pembentukan kata yang hadir dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.3    Meninjau aspek penggunaan ayat/tatabahasa dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.4    Menyelidik perbezaan makna kata yang berlaku antara dialek  Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.5    Mengenal pasti perbezaan yang terdapat dalam penggunaan bahasa mengikut situasi yang berbeza di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku. Sebagai contohnya penggunaan bahasa dalam situasi formal di pejabat antara majikan dan pekerja.

 

 

1.4    SKOP KAJIAN

Skop kajian ini adalah di Kodiang yang merupakan salah satu tempat yang terletak di negeri Kedah Darul Aman. Skop kajian ini dipilih kerana berdasarkan latar belakang responden yang lahir di negeri Kedah, anak jati dan menetap di Kodiang, Kedah. Responden merupakan salah seorang mahasiswa yang belajar di UKM, Bangi, Selangor.

 

1.5    KESIMPULAN

1.5.1    Sebagai kesimpulannya, kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji diharapkan dapat memenuhi objektif yang sebenar. Hasil yang baik akan diperoleh sekiranya kajian ini mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

 

BAB 2

KOSA ILMU (kiv)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1       PENGENALAN

Metodologi kajian atau kaedah kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan.

Metodologi menerangkan cara sesuatu sesuatu masalah disiasat dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan.

Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.

 

 

3.2       SAMPEL KAJIAN

Sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah terdiri daripada seorang responden yang berasal daripada negeri Kedah iaitu di Gurun berumur 22 tahun. Responden merupakan seorang anak jati dan penutur natif dialek Kedah.

 

3.3       ALAT KAJIAN

Kaedah atau metodologi kajian yang akan digunakan untuk mengumpul maklumat adalah seperti berikut:

3.3.1    Soal selidik.

Soal selidik dibuat dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan perisian "Survey Monkey". Soalan-soalan didraf terlebih dahulu dan dimasukkan ke dalam perisian "Survey Monkey". Soalan yang telah siap didalam perisian "Survey Monkey"akan dihantar kepada responden untuk dijawab oleh responden tersebut.

3.3.2    Rakaman.

Rakaman video akan dilakukan dengan menggunakan perakam video di telefon dan rakaman suara dengan menggunakan MP3.

 

 

3.3.3    Blog

Blog digunakan untuk memaparkan setiap hasil kajian yang telah saya lakukan dan perolehi dengan menggunakan wordpress.

3.3.4    Antconc

3.3.5    Video converter

3.3.6    Soundcloud

 

3.5       KESIMPULAN

Metodologi kajian yang dipilih diharapkan dapat membantu pengkaji menjayakan kajian yang dijalankan seterusnya memperoleh hasil kajian yang terbaik.

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Feb 2013 01:37 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Azrul 3R: PROGRAM 3R <b>DI</b> SJK LAM MIN, <b>KODIANG</b>

Posted: 07 Aug 2012 07:55 AM PDT

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SJK LAM MIN, KODIANG
Selain aktiviti kutipan barangan kitar semula dijalankan di SMK Mergong, Alor Setar pada 7 Ogos 2012, aktiviti yang sama juga dijalankan di SJK Lam Min, Kodiang oleh staf-staf daripada Pejabat PPSPPA Cawangan Kubang Pasu. 


Antara warga kerja yang terlibat ialah Puan Banian Binti Zulkifli dan En Mohd. Syolehhin bin Abu Bakar daripada Pejabat PPSPPA Cawangan Kubang Pasu. Sebanyak 560 kg barangan kitar semula yang terdiri daripada kertas, botol plastik dan besi yang dapat dikumpul, diasingkan dan dijual kepada pihak vendor atau pusat kitar semula terdekat. Hasil jualan barangan kitar semula tersebut ialah sebanyak RM 170.00 lebih.

misi bantuan kemasyarakatan pada mangsa ribut taufan <b>di kodiang</b> <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2013 04:14 PM PDT

Kejadian ribut taufan melanda di Kodiang Pida 2 pada 01 April 2013 mengakibatkan 63 rumah mengalami kerosakan teruk juga kerosakan peralatan asas... 

Dengan kejadian tersebut, terbentuknya Operasi Misi Bantuan Kemasyarakatan dari Pasukan Tindakan Cemas Malaysia Wilayah Utara, Kedah yang diketuai oleh Marshal Dato Seri DiRaja Mohamed Setifani , Ketua Turus Wilayah Utara dan dibantu oleh Komander Mohamad , Komander Pertadbiran Wilayah Utara.

Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk membaik pulih rumah yang mengalami kerosakan juga lain lain bantuan. Operasi bermula pada 01 April 2013 hingga kini.

Pada sesiapa yang ingin memberi bantuan pada mangsa ribut sila hubungi Komander Mohamad ditalian 011-15442376










02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


GAS BERACUN <b>DI</b> SMK SERI PANTAI <b>KUALA KEDAH</b>

Posted: 28 Apr 2013 04:20 AM PDT

Pelajar pengsan hidu gas beracun di SMK Seri Pantai Kuala Kedah

hidu gas beracun di smk seri pantai kuala kedah 2 gas beracun di smk seri pantai kuala kedah

Salah seorang pelajar menerima rawatan

Kejadian gas beracun yang berlaku kepada warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai, Kuala Kedah mula menjadi misteri,ekoran insiden itu berulang lagi

Sebelum ini dilaporkan kira-kira 56 pelajar Sekolah itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setelah pengsan, pening dan muntah-muntah dipercayai akibat terhidu gas beracun tersebut

Kejadian terbaru kali ini melibatkan 28 pelajar pula,mengenainya, insiden itu berlaku kira-kira pukul 8 pagi (28 April 2013)semasa perhimpunan apabila beberapa pelajar berasa pening dan loya sebelum ada yang pengsan

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut

Menurut laporan awal yang disiarkan media,punca gas beracun itu dipercayai terhasil daripada bahan kimia yang dipanggil 'acrolein' yang digunakan untuk aktiviti kerja-kerja pembajaan oleh pesawah di kawasan berhampiran

Pihak bomba sebelum itu telah membuat pemeriksaan menyeluruh di kawasan sekolah tetapi tidak menjumpai sebarang kebocoran yang berlaku

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


Team Media Kedah: KAMPUS DI KUALA KETIL ASRAMA <b>DI JITRA</b> <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2013 06:15 PM PDT


Siapa tidak kecewa apabila dapat tahu asrama yang sepatutnya siap sepenuhnya sebelum hari pendaftaran tidak dapat diduduki..Lebih malang lagi asrama untuk pelajar Kuin langsung tidak dibina dengan alasan Stadium Darul Iman di Terengganu runtuh dan JKR diarahkan bawa tembaga tembaga kesana..Rujuk artikel sebelum ini (KLIK)

Itulah keluhan dari pelajar pelajar Kuin yang mendaftar masuk di kampus Kuala Ketil semalam.. Mereka ternyata kecewa dengan sikap pengurusan Kuin yang GAGAL untuk menyiapkan tempat penginapan seperti apa yang dijanjikan oleh Menteri Besar selaku Pengerusi Insaniah..


Dianggarkan sebanyak 500 pelajar dari lima Kulliyah pengajian terpaksa dihantar ke beberapa lokasi jauh dari kampus seperti Kem Paya Pahlawan Jitra, Kem PLKN Baling dan Sedim(Kulim) sebagai penempatan sementara sehingga asrama siap sepenuhnya.Walaupun jauh, mereka terpaksa mengikut apa saja yang diarahkan pihak pengurusan..

BACA SETERUSNYA

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 12 May 2013 03:14 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 09 May 2013 03:46 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KedahLanie.info: KUIN <b>Kuala Ketil</b> berjalan lancar sesi <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2013 10:20 PM PDT

Sesi pembelajaran di KUIN Kuala Ketil berjalan lancar
KUALA KETIL – Tohmahan yang menyatakan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN), di sini akan ditutup adalah tidak benar apabila proses pembelajaran dan pentadbiran berjalan dengan lancar.
Pendaftar KUIN, Dato' Latifah Hasan menjelaskan bahawa masalah penginapan pelajar yang berlaku sebelum ini telah selesai kerana pelajar yang ada sekarang dipindahkan ke asrama yang disediakan oleh KUIN di kawasan berhampiran dan ada yang menyewa rumah sendiri.
"Tetapi penginapan untuk pelajar-pelajar yang belum berpindah ke sini masih belum ada kerana Taman Insaniah belum siap sepenuhnya, kemungkinan besar mereka akan berpindah ke sini pada bulan Disember ini.
"Selain itu, kita sedang membina asrama 'fast track' untuk pelajar-pelajar baru yang akan memuatkan seramai 1000 orang dan dijangka siap pada bulan Jun ini," katanya ketika ditemui.

Beliau turut menjelaskan bahawa kelengkapan yang ada di KUIN semasa mula-mula masuk adalah cukup lengkap dan selesa berbanding universiti lain kerana semasa permulaan pembukaan UUM, masih terdapat jentera yang keluar masuk dalam universiti itu.
"KUIN akan terus berkembang dan sekarang kita mempunyai 47 program, kita akan memantapkannya terlebih dahulu, jangan bimbang kerana sesiapa pun yang memerintah Kedah pasti akan meneruskan impian negeri Kedah untuk memiliki sebuah universitinya sendiri, yang dasarnya adalah Islamik.
"Apa yang saya suka dengan KUIN adalah kerana ianya menggabungkan pengajian Islam dan konvensional, tambahan pula trend masyarakat sekarang ni yang sudah kembali kepada Islam," katanya.
Tambahnya, KUIN telah memulakan sistem pendidikan seperti ini lebih awal. Setiap kuliah yang ditawarkan di KUIN menggabungkan Islam. Sebenarnya sistem ekonomi yang dipelajari dahulu adalah sistem ekonomi bukan Islam.
Maka, kini pihaknya mahu semua sistem menjadi Islamik contohnya perbankan Islamik dan perubatan Islamik. Sistem KUIN adalah sama seperti UIA dan KUIN adalah seperti anak kepada UIA. KUIN akan berkembang ke arah itu dan beliau berharap IPTA di Malaysia juga akan berubah ke arah Islamik.