Sabtu, 9 Mac 2013

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


Kejohanan Balapan & <b>Padang</b> MSSD <b>Padang Terap</b> Kali ke-5 <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2013 07:12 AM PST

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap Tahun 2013 telah dilansungkan pada 7, 8 dan 9 Mac 2012 di SMK Tunku Anum, Jitra, Kedah. Bagi Kategori Sekolah Rendah, Sekolah Kebangsaan Naka berjaya mengekalkan kejuaraan tahun lepas apabila muncul Johan Keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap 2013 dengan pungutan pingat 11 Emas dan 3 Perak. Manakala Sekolah Kebangsaan Perik muncul Naib Johan Keseluruhan dengan Jumlah 7 kutipan pingat (2 Emas, 5 Perak & 2 Gangsa).
* Sila klik pada gambar bagi membesarkan saiz gambar
Manakala SMK Dato' Syed Ahmad muncul Johan Keseluruhan bagi kategori sekolah menengah dengan 54 pungutan pingat keseluruhan (22 Emas, 16 Perak dan 16 Gangsa).
Manakala SMK Naka muncul Naib Johan Keseluruhan dengan 34 jumlah kutipan pingat (11 Emas, 11 Perak & 12 Gangsa).

SENARAI KUTIPAN PINGAT
(SEKOLAH MENENGAH)
* Sila klik pada gambar bagi membesarkan saiz gambar

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


Tolak JaZan KEDAH SEJAHTERA: GENG 35 SP & <b>KUALA KETIL</b>

Posted: 22 Dec 2012 02:29 AM PST

Ngeri dan menakutkan. Kejadian di Sungai Petani baru-baru ini sebenarnya didalangan kumpulan samsing Hindu yang membunuh orang Melayu. Walaupun berjaya dikawal oleh polis, namun dendam di kalangan kumpulan mereka pasti tidak hilang begitu sahaja. Geng 35 di SP merupakan kumpulan samsing yang paling ramai dan menakutkan. Geng ini menguasai kawasan SP dan Kuala Ketil.
Untuk pengetahuan warga Insaniah sekalian, walaupun ramai yang menggedikkan diri tak sabar untuk berpindah ke Kuala Ketil iaitu kampus tetap Insaniah anda perlu menilai beberapa perkara yang wajib ditanggung oleh Azizan dan Jamil demi kesejahteraan warga Insaniah.
2) Jumlah pengawal keselamatan
3) Pengangkutan pergi dan balik kampus
Hari ini, Presiden MPM dan Presiden PERTEMU yang bacul di hadapan Jamil tidak tahu menilai fakta. Perkara di atas dipolitikkan dengan mengatakan bahawa "SEMUANYA BAIK DAN SELAMAT". Mereka juga sibuk menjilat-jilat punggung Jamil dan Azizan. Tindakan mereka ini menjadi contoh kepada pimpinan di bawah mereka. SEDARLAH WAHAI PIMPINAN MAHASISWA, ANDA BUKAN ROBOT JAMIL DAN AZIZAN. Rugi wei kami undi hampa!
Ini adalah kes pembunuhan di sebuah taman perumahan di Kuala Ketil. Saya tidak sanggup menjelaskan kedudukan tempat ini demi menjaga nama baik penduduk di taman tersebut. SEMOGA MAHASISWA INSANIAH SEDAR DAN MENDESAK JAMIL MENYELESAIKAN MASALAH KESELAMATAN!!!!

YA ALLAH, JAUHILAH KAMI DARIPADA MUSIBAH, KO JAMIL DARI INSANIAH. TUKARKAN YANG LEBIH AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB! AMIN!

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


Asrama lelaki SMA Nahdzah <b>di Yan, Kedah</b> terbakar | :: cina islam <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2012 02:07 AM PST

1 Rabiul awal 1433H. [MOD] -
YAN: Sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdzah, Bukit Besar dekat sini musnah dalam satu kebakaran pada jam 12.40 tengah hari tadi dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.
Pengetua sekolah, Adnan Osman, berkata pihak sekolah menyedari kejadian itu selepas seorang jiran yang tinggal berdekatan sekolah memaklumkan kepada pengawal keselamatan mengenai asap tebal dari arah kawasan blok asrama lelaki sekolah berkenaan.
Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, Adnan berkata, ketika kejadian berlaku tiada pelajar berada di sekolah kerana semua sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina.
"Saya sangat bersyukur semasa kejadian ini berlaku sekolah masih bercuti dan tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku, cuma yang terbakar adalah katil, tilam serta buku sekolah saja," katanya.
Katanya, blok asrama lelaki sekolah itu mempunyai 14 buah bilik iaitu tujuh bilik di tingkat atas manakala tujuh lagi di tingkat bawah dan bilik asrama lelaki yang terbakar itu menempatkan 10 pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga dan Empat.
Sekolah itu adalah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan mempunyai 710 pelajar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Abdul Muin Ayob yang mengetuai operasi memadam kebakaran berkata, bomba menerima panggilan pada jam 12.40 tengah hari dan 11 anggota bomba bersama dua jentera tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
Katanya, api dapat dipadam sepenuhnya pada jam 1.30 tengah hari dan punca kejadian sedang disiasat.
Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, yang melawat kawasan kejadian menghulurkan sumbangan kepada pengetua sekolah bagi meringankan beban pihak sekolah untuk membaik pulih asrama itu. - BERNAMA