Selasa, 30 Oktober 2012

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


Hazim Homestay <b>Changlun</b> Kedah: Promosi Homestay sempena <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2012 03:54 PM PDT

Kepada semua pengunjung setia kami di Hazim Homestay, Changlun, Kedah dan semua pengunjung yang bakal berkunjung ke Homestay kami, Sempena cuti sekolah yang bakal tiba (NOV 2012 - DEC 2012), Homestay kami menawarkan PROMOSI khas kadar sewaan homestay sepanjang cuti sekolah.

Hanya RM150 utk 1 malam. 
Utk penginapan melebihi  4 malam, kadar sewaan masih boleh dirunding.

Boleh la hubungi kami di no 019-5748700 (ridzuan) / 019-5749700 (nik)

Fasiliti yang disediakan. 
- 3 bilik tidur
- AIRCOND
- 4 KATIL QUEEN
- 3 narita toto
- ASTRO termasuk pakej SPORT (peminat bola n sport)
- peti ais, mesin basuh, seterika, rice cooker, kettle
- dapur n peralatan memasak.
- tuala, selimut, bantal, buaian baby dll.

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Sembang Santai Mesra Belia Peringkat <b>Negeri Kedah</b> : Bahagian

Posted: 22 Oct 2012 01:58 PM PDT

DSC_0106

Destinasi terakhir program Sembang Santai Mesra Belia Negeri Kedah yang dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh, ialah di Kampung Tualang di Parlimen Pokok Sena di mana beliau disambut hangat pula oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan lebih 80 orang penduduk kampung.

Kemeriahan jelas terasa di lokasi terakhir persinggahan Datuk Jamil ini apabila program berkenaan penuh dengan gelak tawa para belia dan para penduduk kampung yang bersantai sepetang hari bersama "orang kuat" KBS yang banyak menabur bakti kepada rakyat Malaysia itu.

Program di kampung itu diisi dengan aktiviti sukaneka yang disertai oleh lebih 70 orang belia dan penduduk kampung berkenaan dan antara acara menarik yang diadakan ialah pertandingan tarik tali, pertandingan karom dan lari dalam guni yang mencuit ramai hadirin yang hadir.

Menariknya, Datuk Jamil sempat diberi penghormatan untuk berganding bahu dengan seorang penduduk kampung Tualang untuk mencabar Datuk Ahmad Lebai Sudin dan pasangannya bermain karom.

 

Para penduduk kampung Tualang turut menghadiahkan Datuk Jamil sebotol madu tualang asli sebagai penghargaan kepada beliau atas komitmen yang diberikan olehnya melalui KBS kepada masyarakat disitu.

Lambaian terakhir Datuk Jamil kepada para penduduk kampung itu mengakhiri lawatan dua hari semalamnya di negeri Kedah sebelum meneruskan program seterusnya di negeri Perlis Indera Kayangan.

 

Meninggalkan seribu kenangan manis di Kedah, Datuk Jamil mampu tersenyum lebar mengenang kemesraan rakyat Kedah yang menyambut wakil KBS itu menabur bakti  dan sudah tentu kehadiran beliau bakal dirindui oleh seluruh rakyat di negeri Jelapang Padi itu…



02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


Pecat Ahmad Fisol Dari Terus Memalukan KCS! | kedah69ers

Posted: 21 Oct 2012 07:00 PM PDT

Memang memalukan bagi seorang anggota Perkhimatan Tadbir Negeri atau lebih dikenali sebagai Kedah Civil Servant (KCS) yang bertindak tidak rasional dengan mencampur adukkan urusan pentadbiran dengan sentimen politik kepartian.

Meskipun dia tidak cemerlang dalam tugasnya sebagai KCS selama ini, Yang DiPertua (YDP) Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP), Ahmad Fisol Md Nor, yang dilihat mahu lekas naik pangkat dan merebut JUSA di negeri Kedah cuba menggunakan pengaruh politik untuk menjatuhkan individu yang dipilih DYMM Sultan Kedah.

Hanya kerana sekeping surat yang memintanya bertukar ke Majlis Daerah Kota Kuala Muda sebagaimana protokol biasa bagi seorang KCS, Ahmad Fisol mengada-ngada enggan taat kepada arahan kehendak kerjayanya dan mahu kekal di MDKP.

Kenapa dia tidak mahu bertukar ke Kota Kuala Muda dan apakah dia mempunyai keistimewaan yang menegahnya dari ditukar untuk bertugas di daerah lain? Nak tahu kenapa?

Khabarnya, Ahmad Fisol sebenarnya adalah seorang penjawat awam yang menyokong penuh Pakatan Haram, khususnya PAS, dan dia begitu teruja apabila partinya itu berjaya menawan Kedah pada PRU ke-12 pada tahun 2008.

Dalam diam, dia memasang angan-angan untuk lekas naik pangkat meskipun dia bukanlah merupakan seorang senior atau anggota KCS yang bijak buat kerja. Lihat saja rekod perkhidmatannya di Kubang Pasu yang dipersoalkan pada laporan audit pada setiap tahun.

Meskipun begitu, dia tetap dengan angan-angannya yang mengidam mahu menjawat sekurang-kurangnya JUSA C dan melayakkan dirinya untuk menjadi SUK atau sekurang-kurangnya SFO (State Financial Officer) yang setaraf dengan Exco Kerajaan Negeri. Maklumlah, dia orang PAS "totok".

Bagi menjayakan usahanya, dia mula memainkan peranan untuk berbaik-baik dengan pemimpin PAS di Kubang Pasu dan di peringkat negeri di Wisma Darulaman bagi meraih sokongan bagi kepentingan dirinya.

Sebagai contoh, Ahmad Fisol beberapa kali telah mengadakan program bersama PAS Kawasan Kubang Pasu dan Angkatan Muda Keadilan (AMK), sedangkan etika pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan dia berbuat demikian.

Selain itu, dia juga berjaya meletakkan anaknya bekerja di MDKP dan diberikan jawatan tinggi di situ sehingga mencetus persoalan bagi kakitangan di pejabat daerah tersebut di atas dasar "conflict of interest".

Apabila Ahmad Fisol menerima surat mengarahkannya bertukar ke daerah lain, tiba-tiba perancangannya terbantut dan mengambil keputusan untuk membantah arahan yang diperkenan oleh DYMM Sultan Kedah itu.

Dikhabarkan bahawa Ahmad Fisol segera memanggil Ahli-Ahli Majlis Daerah yang terdiri dari puak-puak PAS bagi memikirkan cara untuk mempertahankan kedudukannya di MDKP dan tidak bertukar ke Kota Kuala Muda.

Akhirnya, mereka mengambil kata sepakat untuk menyerang SUK, Datuk Rasli Basir, melalui "askar-askar" politiknya dari Kubang Pasu dan mereka beramai-ramai berdemo mendesak beliau meletak jawatan selain melancarkan "perang" memburuk-burukkan imejnya di laman-laman blog PAS Kedah.

Persoalannya, apakah wajar seorang penjawat awam yang sepatutnya memastikan rakyat tidak mencetus huru-hara sebegitu bertindak bertentangan dengan etika kepimpinan seorang pentadbir negeri?

Apatah lagi Ahmad Fisol dilihat sengaja memperguna dan mendorong rakan-rakan PAS yang rapat dengannya bagi memperjuangkan kepentingan peribadinya untuk terus kekal di MDKP.

Ahmad Fisol sepatutnya menggunakan saluran dalaman dengan bersemuka dengan Datuk Rasli serta berbincang mengenai pertukarannya itu, dan bukannya menyuruh "anjing-anjing" PAS tersebut menyalak bagaikan orang bodoh di depan Wisma Darulaman baru-baru ini.

Kami difahamkan bahawa tindakan yang dilakukan Ahmad Fisol itu mengejutkan ramai anggota KCS yang lain di mana lebih dari 80 peratus dari mereka menyatakan bahawa tidakan YDP MDKP itu tidak wajar sama sekali dan mencemar nama baik KCS secara tidak langsung.

Malah, ada di antara mereka yang menghormati keputusan SUK itu turut meminta agar Ahmad Fisol memberikan surat tunjuk sebab kepada Datuk Rasli dan DYMM Sultan Kedah atas sikapnya yang biadap serta memalukan rekod cemerlang institusi tersebut.

Amat mengecewakan apabila seorang pentadbir awam seperti Ahmad Fisol berkiblatkan politik jijik sebegini dan meninggalkan tanggungjawabnya sebagai penjawat awam negeri. Sebaiknya, Ahmad Fisol dipecat saja dari KCS dan diberhentikan atas faktor disiplin yang teruk!

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


banjir <b>di pendang</b> kerana bala allah???? - komando perang siber

Posted: 28 Oct 2012 12:50 PM PDT

MAT SABU SYIAH KOMUNIS WA LIWATI NI DENGAQ KATA DIA NAK BERTANDING ATAS TIKET PAS DI PENDANG KEDAH. DALAM MASA YANG SAMA DIA JUGA MERUPAKAN PENGGERAK SYIAH DI MALAYSIA BERDASARKAN MAKLUMAT SERTA VIDEO MENGENAI BELIAU YANG ADA UNSUR SYIAH.... MALAH MUNGKIN PAS JUGA DIANCAM SYIAH YANG TERKELUAQ DARI MULUT KEPALA PEMUDA PAS PALING BEBAL SAAT INI IAITU HASSAN TANTAWI MANTAN USTAZ PAS NI PUN DEDAHKAN JUGAK.... BERBALIK KEPADA ISU ASAL....BANJIR DI PENDANG BARU-BARU INI....MASA 2005 KEDAH DILANDA BANJIR YANG AGAK BESAR PAS MENGANGGAP ITU BALA ALLAH YANG DITURUNKAN KEPADA KERAJAAN YANG ZALIM....MAKA PADA 2010 KEDAH DILANDA BANJIR LEBIH BESAR MAKA BALACI-BALACI PAS MENEGASKAN ITU ADALAH UJIAN ALLAH KERANA KETIKA ITU MEREKA YANG MEMERINTAH.....TAPI BEBERAPA HARI LALU BANJIR DI PENDANG....APA KOMEN ANDA????? MKOMEN KPS MUDAH, DI SITU SEDANG TERSEBAR FAHAMAN SYIAH YANG BERBAHAYA MAKA APAKAH ITU BALA DARI ALLAH UNTUK MEMBERSIHKAN SYIAH TERSEBUT?????? BENDA NI BUKAN KPS SAJA BUAT CERITA TAPI DENGAQ SYIAH DI PENDANG NI SERISU DARI HARD CORE PAS SENDIRI.....SEKARANG SYIAH DAH TERSEBAR....DI MELAKA PULAK DAH BERANI DEPA LETAK RISALAH DI KERETA.....PEGHHHHHRRRR....MEMANG BAHAYA ANCAMAN SYIAH.....